suria

Cheryl Cole Jauhi Botox

Cheryl Cole enggan menerima rawatan Botox. - Foto www.thesun.co.uk
Cheryl Cole enggan menerima rawatan Botox. - Foto www.thesun.co.uk
Cheryl Cole enggan menerima rawatan Botox. - Foto www.thesun.co.uk

PENYANYI dari British, Cheryl Cole enggan menerima rawatan Botox kerana dia takut mengubah wajahnya ketika dia masih berumur 20-an.

Bintang Girls Aloud itu setakat ini enggan bergantung kepada pembedahan kosmetik untuk mengekalkan wajah mudanya.

Cole lebih rela menghayati proses penuaan daripada bimbang tentang tahun-tahun yang mendatang.

Katanya: "Saya cuba tidak berasa bimbang. Saya mempunyai beberapa kawan yang lebih tua dan sering dengar mereka tanya 'Berapa umur anda? 26? Ah, anda masih seorang bayi'.

"Barangkali saya patut mencubanya dan tidak bimbang tentang kelihatan tua'. Ia membimbangkan saya apabila saya berfikir sesetengah wanita menerima rawatan Botox pada usia 25."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain