suria

'Turtlenecks' Buat SJP Panik

Sarah Jessica Parker.
Sarah Jessica Parker.
Sarah Jessica Parker.

AKTRES Sex and The City Sarah Jessica Parker (SJP) mendedahkan keengganannya untuk memakai baju turtlenecks kerana ia akan membuatkan dirinya panik dan cemas.

"Stail dan penampilan saya adalah ringkas dan sederhana. Saya tidak membeli pakaian yang berjenama. Sebelum ini, saya pernah terpengaruh dengan ketaksuban terhadap penampilan berfesyen.

"Namun sekarang saya lebih cermat dan lebih bijak kerana saya tahu apa pakaian dan stail terbaik untuk diri saya.

"Tapi saya tidak akan sekali-kali memakai baju turtlenecks," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada laman web femalefirst.co.uk, baru-baru ini.

Tambahnya, dia akan menjadi panik jika menyarung baju yang menutupi keseluruhan lehernya.

Artikel Lain