Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir ketika sidang akhbar selepas tersingkir dari AF8 minggu ketujuh. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNIPELAJAR Akademi Fantasia (AF8) bersuara jantan, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22, yang tersingkir pada minggu ketujuh menafikan dia berpacaran dengan Siti Adira Suhaimi (Adira), rakan seperjuangannya sebelum ini."Tak adalah... itu cuma gurauan sesetengah pihak. Kami hanya merupakan kawan aje. "Kes 'cinta' saya dengan Adira sama seperti Maulana dikaitkan bercinta dengan Ain dan Iwan dengan Nad," katanya sambil tergelak.Dia diminta mengesahkan kesahihan desas-desus yang mengaitkan Adira dengan dirinya sedang dilamun cinta.Ketika dihubungi mStar Online semalam, Shahir sedang sibuk membuat penggambaran Chat Selebriti di Kampar dan akan kembali ke Kuala Lumpur hari ini.Akui Shahir, Adira, 19 memang lawa dan berperwatakan baik namun menganggapnya sebagai adik."Namun, biarlah saya fokus kepada kerjaya seni saya terlebih dahulu," katanya dengan jujur.Shahir menambah, dia akan memberikan sokongan padu bukan sahaja kepada Adira bahkan Ain, Farina, Daus, Iwan dan Maulana yang masih berjuang dalam AF8.Sejak penyingkirannya, pemuda berasal dari Ipoh ini mengakui berasa kekok menjalani kehidupan di luar akademi.Maklumlah dia pernah ketawa, menangis, makan dan minum selama tiga bulan bersama rakan AF8 yang lain semasa masih belajar di akademi.Bagaimanapun katanya, dia berpeluang bertemu semula dengan Nadia Emilia Roselan (Nadia), Muhammad Alid Kadim (Alif), Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), Erma Suhaimi (Ema) dan Muhammed Shahril Mohd Salleh Hussein (Shah) yang tersingkir lebih awal daripadanya.Perjumpaan itu sekurang-kurangnya dapat membantu mereka mengenangkan masa yang dihabiskan bersama.Mengenai kemungkinan saluran AFundi Masuk diketengahkan, Shahir mengiya-iyakannya."Siapa yang tak nak? Ia satu-satunya peluang untuk diundi kembali ke pertandingan," katanya.