suria

AF8: Farina Sudah Jangka Tersingkir

Farina menyanyikan lagu Selanjur Bercinta semasa konsert AF8 minggu kelapan. - Foto Ihsan ASTRO
Farina menyanyikan lagu Selanjur Bercinta semasa konsert AF8 minggu kelapan. - Foto Ihsan ASTRO
Farina menyanyikan lagu Selanjur Bercinta semasa konsert AF8 minggu kelapan. - Foto Ihsan ASTRO

KUALA LUMPUR: Peserta Akademi Fantasia 8 (AF8), Farina yang tersingkir pada minggu kelapan sudah menjangkakan dia akan gagal meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya.

Penyingkirannya itu juga mencipta sejarah apabila julung kali penyingkiran peserta dilakukan pada hari konsert AF8.

"Pada minggu kelima sepatutnya tersingkir , tapi tak jadi. Lepas itu, Farina dah berhati-hati setiap kali ada penyingkiran.

"Tapi bila dah sampai minggu kelapan, saya dah bersyukur sangat-sangat," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan AFundi Masuk, semalam.

Rakan seperjuangannya, Shahir yang tersingkir pada minggu ketujuh diundi masuk ke akademi selepas meraih majoriti undian khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu sebanyak 68.6 peratus.

Wajah Farina langsung tidak menunjukkan kesedihan bahkan terkinja-kinja meraikan kejayaan Shahir itu semasa pengumuman dibuat oleh hos AF8, Sarimah Ibrahim.

Bukan tidak sedih jelas janda beranak satu ini, tetapi segala-galanya bergantung kepada rezeki seseorang itu apabila sampai ke tahap itu.

"Apabila kita sudah memberikan yang terbaik, ia bergantung kepada rezeki. Kalau tak ada rezeki, buat apa kita bersedih.

"Malah kami berasa gembira untuk Shahir kerana dia sememangnya layak ke pusingan seterusnya," akui Farina.

Selain berpeluang mengeluarkan single Hujung Minggu ciptaan Edrie Hashim, Farina bersyukur kerana pembelajaran vokal di AF8 telah mengubah caranya menyanyi.

Katanya, dia banyak belajar daripada Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Adnan Abu Hassan.

"Jika dulu, dari segi vocal range, kalau nyanyi high note pun very shallow. Sekarang ada weight sedikit," katanya.

Farina yang menyanyi di kelab bersama live band akan meneruskan kerjaya nyanyian.

Artikel Lain