suria

Jehan Miskin 'Buta Warna' Cintakan Mat Salleh

Jehan memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM
Jehan memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM
Jehan memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM

SEBELUM mula berlakon, ramai mungkin tidak tahu Jehan Miskin pernah bekerja di syarikat produksi telemovie dan filem.

Pelakon, peragawan dan pengacara televisyen itu bagaimanapun berhenti berkerja sebagai penerbit pada 2003 ketika julung kali memegang watak utama dalam telemovie Dengan Nama Cinta.

Kini, Jehan kembali menjadi penerbit telemovie Buta Warna di bawah arahan pengarah Chunk Aziz.

"Gaya saya bila bekerja, saya tak akan mengumumkannya. Saya tidak akan menyatakan apa-apa dulu, saya akan lakukannya dulu.

"Memandangkan ia telahpun siap dibuat, maka saya mendedahkannya kepada media," katanya kepada mStar Online kelmarin.

Beliau ditemui pada pelancaran Media Prima TV Networks Raya Screenings 2010 bertemakan Rasa Sayang Raya di Hotel Berjaya Times Square.

Dalam telemovie milik Mastermind Group Sdn Bhd itu, Jehan memegang watak utama yang buta warna mencintai seorang gadis mat salleh. Ia turut dibintangi Awie.

Ketika ditanya tentang kecenderungannya menjadi pelakon atau penerbit, Jehan berkata dia menyukai kedua-duanya.

"Kedua-dua pun suka. Berlakon ialah apa yang saya suka tetapi menerbitkan sesuatu projek kreatif adalah seperti melahirkan anak.

"Oleh itu, orang lain boleh kata sesuatu projek itu ialah bayinya. Ia bermula dari minda, hati, ia menjadi sinopsis, anda mendapatkan penulis dan begitulah seterusnya," ujarnya yang ingin dikenali sebagai penerbit yang akan terlibat dari awal hingga akhir.

Jehan mengakui transisi daripada berlakon ke menerbit telemovie tidaklah sukar tetapi memerlukan lebih banyak masa.

"Ia tidaklah kelihatan sukar untuk dibuat cuma kena bersabar pada peringkat permulaan. Mungkin saya kurang bersabar dan oleh itu, saya mengambil sedikit masa untuk mengadaptasikan diri.

"Malah sekarang, saya bukan membuat penggambaran apa yang saya inginkan... Katakan saya mempunyai 10 idea tetapi saya tidak boleh keluar dan shoot begitu sahaja. Saya kena mengumpulkan duit," jelasnya.

Walaupun seperti bayi baru bertatih-tatih dalam bisnes penerbitan, Jehan memberitahu, pasukannya berpuas hati dengan hasil kerja telemovie itu.

"Kami rasa ia berbaloi untuk menontonnya," ujarnya yang tidak menyasarkan sebarang genre ketika menerbitkan komedi, telemovie, filem dan lain-lain.

Sementara itu, orang ramai boleh menonton lakonan Jehan dalam episod ketiga siri Suri Bakawali pada pukul 9.30 malam di TV9, slot Ratu minggu depan.

Artikel Lain