Reena Hammer dan aktor dari Ireland, Jonathan Rhys Meyers hadir ke majlis anugerah The British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) di The Royal Opera House di London pada 21 Februari, 2010. - Foto REUTERSAKTOR Jonathan Rhys Meyers dilarang daripada menaiki kapal terbang United Airlines selepas menggunakan perkataan "N" yang berbau perkauman pada bulan lalu.Ketika itu, aktor itu dilaporkan berada dalam keadaan mabuk. Menurut laporan media, pelakon filem The Tudors itu didakwa menggunakan perkataan "N" selepas ditegur kerana mabuk dan berkelakuan biadap di ruang menunggu kelas pertama pada awal bulan ini.Meyers dituduh minum arak secara berlebihan pada awal pagi di lapangan terbang New York City semasa menunggu penerbangannya ke Los Angeles.