suria

Jennifer Lopez Kumpul RM22.2 Juta Untuk Penyelidikan AIDS

AKTRES dan penyanyi, Jennifer Lopez berjaya membantu mengumpul derma sebanyak RM22.2 juta dalam satu acara lelong di Perancis.

Derma itu digunakan untuk tujuan penyelidikan sindrom Acquired Immune Deficiency (sindrom kurang daya tahan penyakit).

Pelakon filem The Wedding Planner itu melelongkan 10 hadiah berharga.

Antaranya, penerbangan dengan menggunakan jet pejuang.

Aktres berusia 40 tahun itu meluangkan masanya ketika menghadiri Festival Filem ke-63 untuk menjalankan aktiviti lelong.

Aktiviti lelong itu turut dihadiri selebriti seperti Paris Hilton, Naomi Watts, Mick Jagger dan Naomi Campbell.

Artis Mary J. Blige dan Patti Smith mengalunkan muzik manakala pelakon Russell Crowe memimpin jualan lelong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain