suria

Adira Tidak Kecewa Gagal Jadi Juara AF8

Adira ketika menyanyikan lagu Tiru Macam Saya di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Adira ketika menyanyikan lagu Tiru Macam Saya di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Adira ketika menyanyikan lagu Tiru Macam Saya di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

BIARPUN menyajikan persembahan 'seorang juara' dan 'paling best' pada malam konsert akhir Akademi Fantasia 8, peserta Siti Adira Suhaimi atau Adira tidak kecewa gagal menjadi juara.

Nyanyian lagu terbarunya, Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) begitu menyerlah sehingga mengundang komen positif tersebut daripada juri tetap dan undangan.

Adira pada sidang akhbar memberitahu, dia tidak berasa kecewa tetapi masih terkejut dengan keputusan tersebut kerana semua finalis adalah hebat belaka.

"Kecewa tidak, tapi rasa.. saya pun tidak bajet (jangka) dapat naib juara. Tidak kecewa. Shahir dan rakan-rakan juga buat persembahan best. Lagi pun, dari segi persembahan, semua pun best, vokal pun best, jadi saya tidak kecewa lah.

"Mungkin ini adalah rezeki. Saya ingin berterima kasih kepada penyokong, tenaga pengajar, pihakk ASTRO, pengetua sendiri, Terima kasih banyak," katanya dengan senyuman manis.

Menurut Adira, pengalamannya di AF8 tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dibawa ke mana-mana.

Adira yang menjadi naib juara AF8 memperolehi kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton, voucher percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time.

Selain itu, peserta dari Ranau, Sabah ini membawa pulang Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Naib Juara Akademi Fantasia.

Satu-satunya finalis wanita dalam AF8 ini turut mendendangkan lagu Tiru Macam Saya (Sheila Majid) yang sangat menghiburkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan