Aktres Cynthia Nixon menghadiri The Designing Women Awards di New York pada 25 Mei, 2010. - Foto APBINTANG Sex and the City, Cynthia Nixon terdesak untuk berkahwin dengan kekasih homoseksualnya, Christine Marinoni di New York.Nixon telah meminta penggubal undang-undang di bandar itu supaya mengutamakan kelulusan perkahwinan sama jenis di sisi undang-undang. Bintang berusia 44 tahun itu berkata, mereka akan berkahwin di tempat lain sekiranya tidak mempunyai pilihan lain.Media melaporkan Nixon telah bertunang dengan Marinoni selama setahun."Kami tidak akan menunggu selama-lamanya di New York. Secara idealnya, kami ingin berkahwin di sini," kata Nixon.