Aktor Dennis Hopper digambarkan dalam satu babak filem Blue Velvet (1986) ketika melakonkan karakter Frank Booth. - Foto REUTERSAKTOR terkenal dari Hollywood, Dennis Hopper, 74, meninggal dunia ekoran kanser prostat pada pagi Sabtu di rumahnya di Venice, California, menurut isterinya. Victoria Hopper memberitahu CNN, mendiang suaminya yang dikenal pasti menghidap kanser prostat pada Oktober lalu meninggal dunia di sisi anak-anaknya. Urusan pengebumian belum ditentukan tetapi Hopper pernah melahirkan harapan dikebumikan di Taos, New Mexico, katanya. Ikon filem Amerika itu membuat penampilan terakhir di khalayak ramai pada 26 Mac lalu. apabila mendiang dilantik ke Walk of Fame - Hollywood.Mendiang dikenali sebagai penghibur dan pengarah lebih kira-kira enam dekad.