Cameron Diaz hadir ke tayangan perdana filem Shrek Forever After di Los Angeles pada 16 Mei, 2010. - Foto REUTERSAKTRES Hollywood, Cameron Diaz menegaskan, dia terlalu sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya daripada memikirkan untuk berumahtangga."Saya mungkin berasa tidak puas hati dan sering bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan membuatkan kehidupan saya bertambah baik? "Jawapan yang saya terima ialah seorang anak tetapi saya sering terfikir bagaimana perasaan ibu bapa apabila berjauhan dengan anak mereka?."Saya tidak ingin begitu! Saya tidak ingin berasa seperti kehilangan seseorang," katanya kepada media.