Datuk Jamali Shadat telah berkecimpung dalam industri hiburan selama kira-kira 40 tahun. - Foto THE STAR Oleh S.S. KANESAN KUALA LUMPUR: Pelawak veteran Datuk Jamali Shadat,68, menjelaskan keadaan kesihatannya baik selepas insiden rebah di lokasi penggambaran drama beberapa hari lalu.Jamali yang dihubungi Mstar Online berkata, dia tidak mengalami apa-apa kecederaan serius akibat kejadian itu. "Itu semua sedikit saja... Tak ada kesan apa-apa pun. Saya cuma letih di lokasi," katanya.Beliau diminta mengulas insiden terjatuh semasa menikmati makan malam di lokasi penggambaran drama komedi bersiri Masak Lomak Cili Padi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, beberapa hari lalu.Drama tersebut adalah terbitan Enuja Production Sdn. Bhd.Menurut laporan akhbar, semasa kejadian Jamali dikatakan mengalami kebas seluruh badan dan pihak krew terpaksa menghantarnya ke Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.Kejadian itu dipercayai akibat penyakit darah tinggi yang dialaminya selain tekanan selepas beberapa hari berlakon.