Katherine Heigl hadir ke tayangan perdana filem Killers di Hollywood, California pada 1 Jun 2010. - Foto AFPAKTRES Hollywood, Katherine Heigl dan suami Josh Kelly ingin mengambil seorang anak angkat dari Haiti yang dilanda gempa bumi.Bintang filem Killers itu sebelum ini telah mengambil seorang anak perempuan, Naleigh dari Korea sebagai anak angkat pada September tahun lalu. Heighl berkata, dia begitu teruja menjadi seorang ibu dan merancang untuk mengambil anak angkat dari Haiti."Kami ingin mempunyai anak kedua sama ada diambil sebagai anak angkat atau secara biologi."Kami tidak menolak kemungkinan itu. Lihat sahaja di Haiti. Terdapat begitu banyak anak-anak yang tidak beribu bapa. Ia menyedihkan saya. Saya ingin membantu," kata Heigl.