Amanda Peet menghadiri tayangan perdana filem Sex And The City 2 di Radio City Music Hall, New York pada 24 Mei 2010. - Foto APAKTRES Amanda Peet dan suaminya, David Benioff seakan-akan terdesak mahu menimang seorang lagi cahaya mata sebelum terlambat.Peet, 38, yang baru melahirkan anak kedua kira-kira dua bulan lalu menyedari usia sememangnya tidak memihak kepadanya. Sehubungan itu, dia bersedia untuk hamil anak ketiga."Saya sudah tua. Dia (Benioff) kata kami perlu tunggu tiga tahun lagi. Dan saya memberitahunya, kita tidak mempunyai tiga tahun lagi. Kita akan menjadi terlalu tua pada masa itu." katanya.Anak sulung pasangan itu, Frances, dilahirkan pada 2007.