Zarina Zainoordin mengamalkan petua minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur. - Foto THE STAR Oleh KEVIN TANBEKAS pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainoordin,26, menasihatkan para peminatnya agar tidak mengambil sebarang pil pelangsingan badan untuk kelihatan cantik.Sebaliknya Zarina berharap mereka meniru petuanya iaitu mengamalkan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan kerap kali mencuci wajah sebelum tidur. “Pil atau ubat-ubat kurus memang boleh menyebabkan kita kurus tetapi ia boleh memberi kesan negatif dalam tempoh tertentu selain membuatkan emosi menjadi tidak stabil.“Berdasarkan kepada pengalaman rakan-rakan saya yang terlalu bergantung pada ubat-ubatan, badan mereka bertambah berat dua kali ganda selepas berhenti mengambil ubat. Ia lagi membahayakan,” katanya.Menurut Zarina, dia banyak melakukan aktiviti seperti bersenam untuk mengekalkan kesihatan badan selain meminum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Ia bertujuan untuk memudahkan proses pembuangan sisa-sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.“Amalan meminum air yang banyak adalah petua yang paling baik dan penting untuk diamalkan. Ia juga boleh bertindak melindungi bibir supaya tidak kering,” katanya.Selain itu, Zarina juga turut berkongsi petua menjaga suara dengan mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan mengelak membaca di tempat gelap untuk kesihatan mata.