Ramlah Ram ketika sidang media Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram. - Foto THE STAR Oleh MUNIRAH MUZAMERKUALA LUMPUR: Desas desus keretakan rumah tangga penyanyi Ramlah Ram,45, yang dibina dengan Penerbit Sukan RTM, Kamal Roslim akhirnya terjawab apabila penyanyi itu hari ini mengesahkan untuk berpisah. Ramlah yang ditemui pada sidang media Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram berkata, kemelut rumah tangganya dengan Kamal tidak dapat diselamatkan lagi sehingga membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut. “Kami sudah tiada persefahaman dan jalan terbaik ialah berpisah,” katanya.Tanpa mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku, keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak serta mendapat restu keluarga masing-masing.Menurut Ramlah, selama ini dia telah mendapatkan khidmat kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangganya itu tetapi sayang sekali hasrat berkenaan tidak menjadi kenyataan.“Saya sayangkan rumah tangga saya dan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya tetapi tidak berdaya. Pada saya, soal jodoh, ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan,” katanya.Ujar Ramlah lagi, walaupun telah berusaha sebanyak mungkin tetapi jika telah ditakdirkan sudah tiada jodoh, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.Walau perpisahan bakal terjadi dia tidak menyesal kerana perkahwinan tersebut dilakukan adalah atas dasar suka sama-suka.Ramlah yang juga pemenang Juara Lagu 1988 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu berkahwin dengan Kamal Roslim pada tahun 2000 tanpa dikurniakan cahaya mata.Krisis keretakan rumah tangga Ramlah dan Kamal telah kedengaran sejak sekian lama tetapi Ramlah cuba menafikan khabar angin tersebut.Bekas juara Bintang RTM tahun 1985 ini bagaimanapun berjanji akan memaklumkan statusnya dengan Kamal apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah syariah nanti.