Konsert Peterpan Live di Stadium Merdeka pada 2006. Ariel (kiri) dan Uki memetik gitar sambil memberikan persembahan bertenaga. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOFJAKARTA: Pengacara, Dorce Gamalama mengakui dia tidak ingin memujuk Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tentang kes penyebaran video lucah di ruang siber.Tapi jika benar bersalah, Dorce menyarankan Ariel supaya bertaubat. "Bertaubatlah kalau dia salah. Yang akan menentukan mereka masuk ke syurga atau neraka adalah atas kuasa Tuhan," kata Dorce ketika ditemui di Jakarta, baru-baru ini.Dorce berpendapat, orang ramai sewajarnya menunggu hasil siasatan polis sebelum menghukum mereka dengan pandangan serong."Jika memang mereka bersalah, Dorce yakin semua akan terungkap. Biar mereka saja yang menerima segala akibatnya," ujarnya.Dorce turut mencipta sebuah lagu untuk Ariel, Luna dan Tari yang menuntut mereka bertaubat sekiranya terlibat dalam kes video lucah itu. - detikHot.com