Cheryl Cole. - Foto APSELEPAS berpisah dengan Ashley, penyanyi Girls Aloud, Cheryl Cole telah mempertingkatkan keselamatan rumahnya di London.Sejumlah pengawal peribadi baru telah ditempatkan di rumah penyanyi berusia 27 tahun itu yang terletak berdekatan Godalming. Alat pengesan haba dan kamera baru turut dipasang di sekitar rumahnya.Cheryl juga meminta pengawal peribadi meningkatkan kekerapan rondaan."Cheryl telah membuat beberapa perubahan di rumah. Dia menghabiskan lebih banyak masa di rumah sekarang," menurut sumber."Dia belum menerima apa-apa ancaman tapi berfikir adalah lebih bijaksana untuk mengambil langkah-langkah pencegahan," tambah sumber itu.