ASTRO Ria bakal muncul dengan program terbaru berjudul, Itu Dia bercorak permainan dan hiburan yang turut melibatkan selebriti tempatan.Program tersebut bukan sekadar permainan semata-mata malah turut menduga tahap kecekapan artis dalam berinteraksi secara spontan di hadapan kemera. Program 13 episod ini berdurasi selama 30 minit dan bakal dihoskan oleh pengacara Akademi Fantasia Jimmy Shanley dengan tiga segmen berasingan.Seramai tiga artis akan tampil pada setiap episod dan mereka perlu memenuhi beberapa buah bilik yang membolehkan mereka untuk saling berhubungan.Program itu menjanjikan suatu cabaran baru untuk para selebriti. Mereka perlu memasuki tiga bilik berlainan iaitu bilik 1 yang diberi nama Belasah Je, Bilik 2, Boleh Ke dan Bilik 3: 3...2...1 mula.Antara selebriti yang bakal menjayakan program tersebut ialah Idlan RL, Marsha, Adip, Keifli, Yatt, Norkhiriah, Adibah Noor, Kuman, Syanie, Angah, Nadia Mustafa, Julia Ziegler, Zahid AF dan Rahdhi Khalid.Menurut penerbitnya, Zulakmawati Mat Rawi, program ini membawa penonton untuk melihat bagaimana artis memberi reaksi spontan terhadap lakonan tanpa dialog."Terdapat tiga segmen yang memerlukan selebriti dengan cabaran yang berbeza. Segmen pertama memerlukan selebriti melakukan setiap pekara secara spontan berdasarkan dengan peranan yang diberi."Bagi segmen kedua, mereka perlu menyelesaikan cabaran berbentuk fizikal, manakala segmen ketiga, para selebriti akan diberi sebuah topik dan mereka perlu melakonkan dialog yang bersesuaian berdasarkan klip yang dipetik dari filem," jelasnya.Menurut Zulakmawati, program tersebut bakal disiarkan bermula 25 Ogos akan datang, setiap Rabu, pukul 9 malam.Rancangan ini juga turut mengetengahkan eposid bukan sahaja untuk kaum Melayu sebaliknya Cina dan India.