Yuna diiktiraf di dalam dan luar negara sebagai penyanyi dan pencipta lagu yang serba boleh. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOFPENYANYI dan pencipta lagu, Yunalis Zarai atau Yuna mendapat tawaran dari Studio Kensaltown di London untuk bekerjasama menulis penulis lirik lagu pada pertengahan Ogos ini.Yuna berkata, studio itu menguruskan semua penulis lirik terkenal yang bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Jason Mraz, James Blunt dan James Morrison. "Saya mendapat tawaran untuk menjadi penulis bersama mereka pada pertengahan Ogos ini."Ini memberi peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan penulis lirik yang pernah menghasilkan lagu pemenang Anugerah Grammy," katanya kepada MStar Online.Dia ditemui pada program rakaman Raya Akustika 2010 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Rabu lalu.Menurut Yuna, dia akan berada di situ selama dua hingga tiga minggu kerana perlu balik ke tanahair sebelum Hari Raya.Katanya, dia mungkin akan turut merakamkan lagu di situ.Sementara itu, Yuna akan menganjurkan Malam Yuna Decorate untuk mempromosikan album terbarunya, Yuna Decorate selain kira-kira 30 lagunya di KL Pac pada 23 dan 24 Julai 2010, pukul 8.30 malam.Katanya, inilah peluang terakhirnya dia melakukan aktiviti promosi tersebut sebelum kembali sibuk dan menjelangnya sambutan Hari Raya."Album terbaru saya mempunyai tiga buah lagu Melayu dan tujuh lagu Inggeris," katanya yang berharap 1,000 peminat dapat menghadiri majlis tersebut pada dua hari tersebut.Harga tiket adalah RM60 bagi cenderamata dan tiket manakala tiket berharga RM80 merangkumi tiket, cenderahati serta pita cakera padat.Tiket boleh dibeli di KL Pac atau layari laman web Axcessticket.