Fizz Fairuz memegang watak Aidil dalam filem Nur Kasih The Movie sewaktu menjalani penggambaran di Jordan.DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu. Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.“Pengorbanan dan beban yang dipikul oleh Aidil sebenarnya belum berakhir dalam filem ini.“Kepetahan anak-anaknya juga akan membuatkan penonton lebih mudah mengalirkan air mata,” kata Fizz sewaktu menjalani penggambaran filem itu di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.Sementara itu, Remy menambah: “Cerita yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai persamaan dan dekat dengan diri kita. Ianya penuh dengan kisah yang meruntun jiwa dan pernah dilalui oleh kita.”Seperti yang dimaklumkan, para pelakon terpaksa merahsiakan jalan cerita filem itu agar ia lebih suspen. Yang pasti, filem ini akan menjadi lebih menarik hasil karya pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip.Filem ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun hadapan.Menceritakan tentang filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Jordan seperti Amman, Wadi Ram dan Petra itu, Kabir akui cabaran yang dilalui begitu getir dan sukar dijangka.Krew produksi Filmscape serta para pelakon perlu mengharungi ribut pasir di Jordan sehingga ramai yang jatuh sakit. Namun segala-galanya selesai setelah mengambil masa selama 11 hari bermula 25 Jun lalu.“Ketika ribut pasir, kamera bergoyang sehingga kami terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk menjayakan satu pengambaran itu,” ceritanya.Selain itu, saat yang mencabar berlaku sewaktu proses penggambaran babak kemalangan keretapi melibatkan Adam dan Nur Amina di Jordan.Biar apa pun halangan yang ditempuhi, Pengarah Urusan Filem & Drama, Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berharap semua penonton akan datang ke pawagam.“Saya nak filem ini menjadi setaraf dengan cerita Romeo dan Juliet serta Laila Majnun,” kata Ahmad Puad.Filem yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Ayu Raudhah, pelakon baru Munif, Sara Ali serta pelakon cilik Mia Sara Nasuha Mohd Ridhwan dan Mohd Ilyas Suhaimi itu juga mendapat kerjasama syarikat Juita Viden.