suria

Cameron Diaz Takut Bercinta Dengan Seorang Lelaki Sahaja

AKTRES Cameron Diaz (gambar) mengaku takut dengan komitmen. Dia lebih suka mengembara mencari cinta berbanding berkahwin dengan seorang lelaki sahaja.

Menurut bintang filem Holiday itu kadangkala masyarakat berfikir terlalu kolot kerana bertemu dengan cinta sejati di usia muda kemudian berkahwin dan hidup bahagia selamanya.

Namun, ianya tidak mudah bagi Cameron yang pernah menjalin cinta dengan ramai lelaki terkenal Hollywood seperti Jared Leto, Justin Timberlake, dan Matt Dillon.

"Siapa yang mahu hidup dengan orang yang sama selama 80 tahun? Kenapa tidak melanggarnya (peraturan) sedikit," ujar Cameron menurut Contactmusic, Jumaat.

Sehingga saat ini rupanya Cameron juga tidak yakin dengan keseriusannya menjalin kasih bersama Alex Rodriguez. Dia ragu-ragu sama ada boleh menjalani hidup berpuluh-puluh tahun dengan lelaki itu sahaja.

"Saya selesa menjalin kasih dengan seseorang selama lima tahun dan orang lainnya lima tahun berikutnya. Hidup itu panjang dan beruntung dan ya, cinta mungkin bertahan selamanya, tapi kamu tidak selalu hidup dengan orang yang kamu cinta selamanya," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain