suria

Cheryl Cole Digelar Lily English Di LA!

ARTIS Cheryl Cole (gambar) telah menukar namanya kepada Lily English selepas membawa dirinya ke Amerika Syarikat untuk merakam lagu untuk album keduanya.

Cole, 27, menginap di Hotel London yang mewah di Los Angeles dengan menggunakan nama Miss Inggeris, untuk mengelakkan perhatian paparazi. Dia nekad untuk pulih dari malaria.

Walaupun doktor menasihatkan penyanyi kumpulan Girls Aloud itu untuk berehat selepas diserang virus selesema, dia yang juga juri program X Factor telah memberitahu kawan-kawannya dia bertekad untuk kembali bekerja.

"Cheryl akan menggunakan nama Lily English ketika berada di LA. Dia benci menggunakan namanya Cole," menurut sumber.

"Nama itu bukan merupakan perubahan nama yang kekal tetapi dia mungkin terus menggunakan nama Lily English!" tambah rakannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain