Salah seorang pemenang Lagu Berduit, Hamimah bersama penyampai Suria FM semasa majlis penyampaian hadiah di pejabat Suria FM, di ibu kota, Selasa. - Foto oleh ONG SOON HINPERADUAN Lagu Berduit di Suria FM dijangka akan diteruskan pada masa akan datang atas permintaan pendengar setia stesen radio tersebut.Kali ini, para pendengar berpeluang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Azrullah Md Nor, peraduan itu sudah sinonim dengan nama Suria FM sendiri.Sejak peraduan ini di mulakan pada 26 Julai lalu, kira-kira 20 orang telah berjaya memenangi wang berjumlah RM500 dan dua orang memenangi RM5,000.Pada minggu terakhir ini, sebanyak RM30,000 yang ditawarkan dan peluang masih terbuka untuk orang ramai menyertainya.“Pendengar hanya perlu hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan jika bernasib baik mereka akan menjadi pemenangnya. Ia tetap diadakan setiap tahun atas permintaan pendengar setia Suria FM sendiri.“Reaksi yang diterima mengatakan peraduan ini mudah dan praktikal. Saya berharap semua pendengar terhibur dan berpuas hati."Sambil berhibur, mereka boleh mendapat pulangan yang lumayan,” katanya kepada mStar Online.Salah seorang pemenang hadiah wang RM5,000 bernama Hamimah Mohd Nor dari Sungai Kantan, Kajang berpuas hati dan terkejut kerana memenangi peraduan buat pertama kalinya.“Saya menghantar SMS sebanyak 16 kali pada pagi 30 Julai lalu sewaktu segmen Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi."Alhamdulillah, sekurang-kurangnya wang ini boleh digunakan untuk saya berpindah rumah baru dan berhajat untuk membuat kenduri tahlil arwah suami dan anak saya.“Saya mengikuti peraduan ini sejak dua minggu lalu dan buat pertama kalinya mencuba sebab rasa cemburu dengan pendengar lain yang selalu menang peraduan itu."Waktu itu, saya menjadi pemenang ketika menghantar SMS ketika peraduan dibuka untuk versi rakaman live lagu Akim berjudul Inilah Cinta,” kata penyelia di salah sebuah syarikat syarikat petroleum di ibu kota itu ketika menerima hadiah di pejabat Suria FM, Kuala Lumpur, Selasa.Seorang lagi pemenang yang tidak hadir dalam majlis tersebut adalah Julaidah Selamat dari Sungai Udang, Melaka merupakan pemenang yang turut memenangi wang RM5,000.Dia merupakan tukang jahit baju tentera di rumah sepenuh masa dan memenangi peraduan itu sewaktu segmen Suria Drive bersama Linda Onn.Untuk minggu ini, lagu Gerimis Mengundang nyanyian kumpulan Slam menjadi pilihan bernilai RM500 sementara manakala bagi peraduan bernilai RM5,000 pula, Suria FM akan memutarkan lagu serupa tetapi versi live yang dirakamkan ketika mengadakan salah satu konsert Suria FM.Untuk menyertai peraduan ini pendengar hanya perlu mendengar arahan juruhebah sebelum menghantar SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988.Seorang pemanggil bertuah akan dipilih dan memenangi wang sebanyak RM500.Pada waktu bonus, Suria FM akan memainkan lagu yang dirakam sewaktu konsert sebelum ini dan lagu itu akan dijadikan lagu berduit yang bernilai RM5,000.Peraduan tersebut akan berakhir pada 8 Ogos ini.