Maslina Nasir (kanan) dan Jue Aziz merupakan antara wajah baru dalam siri Lagenda Budak Setan. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNIDENGAN kejayaan filem Legenda Budak Setan yang mencecah kutipan RM4.5 juta filem tidak hairanlah Astro mengadun filem itu dalam bentuk drama sebanyak 26 episod.Kisah cinta agung di antara Kasyah dan Ayu itu akan menemui penonton setiap Selasa, mulai 10 Ogos ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran Astro Prima. Jika dalam filem, penonton melihat kesyahduan cinta antara Farid Kamil dan Lisa Surihani namun dalam drama ini, penonton tidak akan dapat menonton wajah Lisa sebaliknya kemunculan wajah baru iaitu pelakon yang baru meningkat naik, Maslina Nasir sebagai Ayu.Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, Lisa bukan disingkirkan daripada berlakon dalam siri tersebut namun pelakon itu terpaksa berundur diri kerana mempunyai percanggahan waktu dengan penggambaran drama bersiri Tudung Ekspress.Turut menjayakan siri tersebut ialah Jue Aziz sebagai Emilia, Melissa Maureen Rizal sebagai Katerina, Nas T sebagai Azmi, Arifah Damanhuri sebagai Mak Leha dan Ngasriah Ngasri sebagai Suzana.“Bukan Lisa sahaja, tetapi kita juga terpaksa mengambil pelakon-pelakon lain sebab pelakon asal filem itu mempunyai komitmen lain.“Menariknya, plot-plot yang tiada dalam filem Lagenda Budak Setan akan dipaparkan dalam drama bersiri itu.“Skripnya masih ditulis oleh Ahadiat Akashah selaku penulis asal novel tersebut manakala pengarahnya ditukar kepada Along Kamarudin."Ini kerana pengarah Sharad Sharan lebih selesa mengarah filem yang berskala besar,” kata Nizam semasa majlis pelancaran siri itu di Teeq Brasserie, Bukit Bintang, Isnin.Tambahnya: “Kami bawakan drama ini khusus buat penggemar Lagenda Budak Setan kerana kami yakin dengan kekuatan jalan cerita yang padat dan disokong dengan kualiti produksi bermutu tinggi serta lakonan barisan pelakon yang terlibat.“Di bawah arahan pengarah handalan, Along Kamaruddin, drama ini pasti akan membuatkan penonton bergelumang dengan mainan emosi yang mendalam.Siri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya.Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut.