- Foto APPELAKON Hugh Grant (gambar) mengakui dia takut apabila usianya mencecah 50 tahun.Pelakon Inggeris yang bakal menginjak usia 50 tahun pada 9 September ini secara berseloroh berkata, dia akan mengakhiri saki-baki hidupnya di klinik eutanasia kelak. "Saya takut memikirkannya. Terdapat sebuah tempat di Switzerland bernama Dignitas. Saya akan pergi ke Dignitas pada usia 50 tahun," katanya.Pelakon filem, Four Weddings And A Funeral itu berkata, dia kehilangan perasaan humor ketika berlatih untuk mengelakkan serangan panik.Serangan panik itu dikatakan sering berlaku ketika dia bekerja.