suria

Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar

DEMI cinta yang mendalam terhadap si kekasih, pelakon Ayu Raudhah yang sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaaan, Zaquan Adha Abd. Radzak memberitahu dia sanggup ke Alor Setar selepas tamat penggambaran drama untuk meraikan hari jadi kekasihnya itu.

Zaquan yang menyambut hari lahir yang ke 22 tahun pada 8 Ogos lalu menerima kejutan apabila Ayu datang bertemunya yang terlibat dengan pelawanan bola sepak di Kedah.

"Memang pada awalnya saya sudah beritahu tidak dapat meraikan hari jadinya kerana dia ada perlawanan di Kedah dan saya pula ada penggambaran drama di Hulu Langat, Selangor.

"Tapi nak dijadikan cerita, penggambaran habis awal dan saya terus fikir untuk ke Alor Setar jumpa dia malam itu. Tanpa berfikir panjang saya terus ke sana. Nasib baik juga Kak Ita (Rozita Che Wan) ada penggambaran di sana, jadi dia yang ajak Zaquan keluar makan pada malam itu," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran Nujum Cyber.

Ayu memberitahu pengorbanan tersebut merupakan hadiah hari jadi pertama sejak mereka menjalinkan hubungan cinta.

"Penat memang penat sebab selepas jumpa, saya terus balik semula ke Kuala lumpur kerana ada penggambaran keesokkan paginya. Tapi saya puas dan gembira kerana dapat beri kejutan pada dia.

"Biarpun saya hanya bawa kek dan bunga tapi saya nampak dia benar-benar menghargainya," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Jelas pelakon Nurkasih ini, harapan untuk mendirikan rumah tangga semakin jelas. Dia yakin keputusan yang bakal dibuat ini benar-benar tepat demi masa depan mereka.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu berita mengenai kenyataan yang sering dikeluarkan akhbar tidak menjejaskan hubungannya dengan keluarga Zaquan. Namun Ayu berharap agar ia tidak terlalu diperbesarkan bagi menghormati keluarga mereka.

"Sebelum kami bercinta lagi banyak gosip yang bukan-bukan timbul. Saya kalau boleh tidak mahu berita-berita negatif yang boleh menyebabkan keluarganya terasa hati.

"Dari awal lagi dia ada beritahu saya tidak mahu hubungan kami terlalu diperbesarkan," jelasya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis Veteran Terima Duit Raya

Artikel Lain