Aplikasi mudah ini mula digunakan pada Jun lalu.PETALING JAYA: Big Cinemas Lotus Five Star Sdn Bhd telah melancarkan dua aplikasi digital iaitu BigCiemasMobile dan Print@Home yang bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan mendapatkan tiket wayang.Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Preerham Rebello aplikasi ini mampu memudahkan pelanggan menikmati pengalaman menarik. Mereka boleh mendapatkan tiket dengan mudah melalui rangkaian telefon di mana juga mereka berada."Kami percaya keseronokan menonton wayang lebih dirasai apabila pelanggan mudah untuk mendapatkan tiket melalui hujung jari sahaja."Untuk itu dua aplikasi ini pasti membuatkan pelanggan lebih menikmati hari indah mereka dengan mudah dan cepat. Aplikasi yang diberi nama BigCinemaMobile dan Print@Home sudah dipraktikkan bermula Jun dan Ogos lalu," katanya.Perkhidmatan BigCinemaMobile boleh digunakan pada setiap pawagam Big Cinemas Lotus Five Star terus melalui telefon bimbit. Pelanggan boleh memeriksa senarai filem yang akan ditayangkan dan membuat tempahan secara terus.Pengguna juga boleh merujuk di "Booking History" bagi memeriksa transaksi yang telah dibuat. Aplikasi tersebut boleh di muat turun melalui http://m.bigcinemas.com dan boleh digunakan pada semua telefon bimbit melalui GPRS, EDGE atau perkhidmatan 3G.Manakala aplikasi kedua iaitu Print@Home merupakan aplikasi pertama di Malaysia, tiket boleh dicetak melalui aplikasi ini di rumah.Dengan itu pengguna boleh masuk lebih awal ke dalam pawagam tanpa perlu beratur.Jelas Preeham, kemudahan daripada aplikasi ini mampu meringkas dan melancarkan perjalanan pengguna tanpa mengunakan kaedah lama."Dua aplikasi ini direka khas buat pengguna yang sering ke pawagam dan mahukan keselesaan. Ia juga seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang kini hanya di hujung jari," jelasnya.