Robbie Williams. - Foto AFP ISTERI baru kepada penyanyi Inggeris Robbie Williams, Ayda Field menuntut suaminya supaya "berhenti menjadi seorang budak" sebelum mereka boleh membina sebuah keluarga yang ideal.Field mendesak suaminya mengurangkan masa bermain permainan video dan belajar menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Williams berkahwin dengan penyanyi lagu Shame itu di Los Angeles pada bulan lalu. "Ayda benar-benar berminat untuk menimang cahaya mata. Saya fikir dia akan menjadi ibu yang luar biasa. Bagaimanapun, dia memberitahu saya supaya melupakan hasrat saya itu sekiranya saya enggan berubah."Saya perlu mengurangkan masa bermain permainan video," kata Williams.