SELEPAS sekian lama Farahdhiya (gambar) memegang watak antagonis, akhirnya dia membawa watak baik dalam drama berjudul Chinta sebanyak 28 episod.Lebih mengujakannya ialah dia berpeluang untuk bertudung buat julung kalinya. "Ini adalah kali pertama saya memakai tudung dalam drama. Saya tidak rasa kekok sebab seronok. Saya sangat teruja kerana telah menunggu membawa karakter sebegini agak lama."Orang suka tengok saya pegang watak jahat sahaja. Untuk perubahan, penonton akan lihat sesuatu yang berlainan kali ini," katanya kepada MStar Online.Menurut Farahdhiya, dia sedang menjalani penggambaran drama Chinta di Langkawi dan Kuala Lumpur pada bulan Ramadan.Ketika ditanya sama ada dia akan bertudung di luar lokasi penggambaran memandangkan dia berasa selesa memakainya, Farahdhiya berkata, kenapa tidak."Semestinya. Mungkin satu hari nanti. Tapi hati saya kena ikhlas dan bersedia. Ini bukan main-main," jelasnya yang baru habis menjalani penggambaran telefilem berjudul Ar-Rayyan (Pintu Syurga) pada bulan Ramadan.Dalam telefilem itu, dia memegang watak kaki penggoda. Kerana terbiasa membawa watak antagonis sedemikian, Farahdhiya sudah tidak takut dilabel sebagai wanita jahat.Dia sedar peri lakunya yang sebenarnya tidak sama dengan sifat-sifat wanita jalang yang dibawa dalam lakonan.Mengenai Hari Raya tahun ini, Farahdhiya berkata, dia akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur.Katanya, dia akan memasak rendang daging serta ayam untuk sajian sahabat baik serta saudara mara.