suria

Serina Lahirkan Bayi Lelaki

Serina bersama suaminya, Salahudin.
Serina bersama suaminya, Salahudin.
Serina bersama suaminya, Salahudin.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin.

Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.85 kilogram dan berketinggian 51 sentimeter itu dilahirkan pada 6.13 petang.

Katanya, cucu sulungnya diberi nama Tristan Tareef O'luanaigh yang bermaksud 'lain dari yang lain' dalam bahasa Arab.

"Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina beritahu saya dia bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah," katanya kepada mStar Online.

Chef Wan berkata, menantunya, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

Katanya, dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.

"Tristan mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik," katanya dengan riang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan