suria

Iqram Dinzly Ingin Kahwin Tahun Depan

PELAKON Iqram Dinzly (gambar) mengakui dia berasa sepi hidup membujang dan memasang impian untuk berkahwin pada tahun depan.

Katanya, dia sudah mempunyai teman wanita yang bukan dari kalangan artis dan perhubungan mereka sudah direstui saudara mara dari kedua-dua pihak.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak kahwin tahun depan. Saya tengah kesepian sekarang.

"Tengoklah... surprise.. surpise. Sekarang saya lebih fokus pada kerja-kerja saya," katanya kepada mStar Online.

Ditanya kenapa dia menyepi buat seketika, Iqram menjelaskan, dia sebenarnya lebih memberi tumpuan kepada penggambaran filem Apokalips arahan pengarah Mamat Khalid yang dijalankan selama kira-kira tiga bulan.

"Dah lama menyepi? Bukan menyepi tetapi cuma saya lebih fokus kepada penggambaran Apokalips untuk tiga bulan. Saya tak buat penggambaran drama," katanya.

Menurut Iqram, dia menjiwai watak Razor dalam filem yang padat dengan aksi tersebut bagi memastikan aksi pertarungan adalah seakan-akan hidup.

Artikel Sebelum

Serina Lahirkan Bayi Lelaki

Artikel Berikut

Artikel Lain