suria

Penahanan Ariel Dilanjut 60 Hari Lagi

SIASATAN video porno bekas vokalis Peterpan, Nazriel Ilham atau dikenali sebagai Ariel belum selesai dan menyebabkan polis terpaksa melanjutkan tempoh tahanannya sehingga 60 hari lagi.

Bagaimanapun, menurut detikhot.com, Ariel menerima keputusan tersebut dengan tenang dan reda.

Jurucakap polis, Komisioner Marwoto Soeto mengesahkan perkara tersebut, Jumaat. Lanjutan tempoh tahanan Ariel yang sepatutnya berakhir Selasa ini akan diajukan kepada Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan.

"Sekarang, masa penahanannya selama 90 hari akan selesai pada empat hari lagi. Bagaimanapun, kita minta lanjutkan tempoh itu selama 60 hari lagi," ujar Marwoto.

Menurut Marwoto, had maksimum tempoh penahanan Ariel adalah sehingga lima bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain