suria

Angelina Jolie Mahu Anak Jadi Tomboi

AKTRES Angelina Jolie (gambar) didakwa memaksa anak perempuannya, Shiloh, 4, untuk menjadi tomboi. Oleh sebab itu, Jolis selalu membelikan pakaian kanak-kanak lelaki untuk Shiloh.

Menurut Showbiz Spy, Khamis yang memetik satu sumber, kadangkala Jolie menyuruh Shiloh memakai baju anak lelakinya, Maddox. Malah, bintang filem Salt itu membiasakan Shiloh mengenakan seluar dalam.

"Angelina mempunyai pemikiran bahawa setiap anaknya harus memiliki keperibadian tersendiri dan dia ingin Shiloh menjadi tomboi sejak lahir," ujar sumber itu.

Pasangan aktor Brad Pitt itu juga sengaja menamakan anak keempatnya itu dengan nama lelaki kerana nama Shiloh dalam bahasa Ibrani dipercayai membawa maksud "anak lelaki yang akan dikirim".

Namun sebelum cerita ini tersebar, Jolie mengaku Shiloh memang lebih suka bergaya seperti lelaki. Tambahnya lagi, anak perempuannya itu memang suka meniru cara penampilan abang-abangnya iaitu Maddox dan Pax Thien.

Artikel Sebelum

Zarina Temui Cinta Dengan Pelakon

Artikel Berikut

Ashraf & Bunga Dapat Anak Lelaki

Artikel Lain