ANGGOTA kumpulan Ratu, Maia Estianty tidak mahu kumpulan Dewa yang dianggotai oleh bekas suaminya, Ahmad Dhani dibubarkan apabila vokalis utamanya Once dikhabarkan bakal meninggalkan dari kumpulan tersebut.Maia juga menyarankan agar Ahmad Dhani mengambil ahli baru bagi menggantikan Once. Bagaimanapun pengganti tersebut perlulah mereka yang benar-benar mempunyai bakat dalam bidang ini. "Sayang kalau kumpulan ini dibubarkan begitu sahaja. Dia seharusnya cari pengganti Once. Namun begitu biarlah pengganti tersebut benar-benar layak dan berbakat dalam bidang muzik."Kumpulan Dewa sudah ramai pengikut dan nama Dewa sudah terlalu kuat. Mereka juga mempunyai karya-karya yang luar biasa," katanya.Menurut Maia kekuatan Dewa adalah kepada Ahmad Dhani. Jika vokalis diganti sekalipun ia tetap mampu mempertahankan populariti kumpulan itu."Pada saya siapa pun yang bakal menjadi vokalis Dewa itu tiada masalah kerana bagi saya yang menjadi peneraju utama kumpulan ini ialah Ahmad Dhani," katanya.