KES perbicaraan video lucah melibatkan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan dua aktres jelita, Luna Maya dan Cut Tari sudah pun ditetapkan. Malah ketika diberitahu peguam yang mewakili penyanyi lagu Mungkin nanti ini, mereka telah bersedia untuk menghadapi perbicaraan tersebut."Ariel sudah sedia dari segi mental dan fizikal untuk perbicaraannya dalam waktu terdekat ini. Lagi pula ini adalah proses hukuman yang bakal dihadapinya nanti," ujar Aga Khan seperti dipetik Vivanews.com. Aga Khan berharap pihak kehakiman tidak menunda fasal 21 yang telah ditetapkan. Peguam muda ini juga menyatakan bahawa dia sudah bersedia menghadapi perbicaraan tersebut bagi mewakili Ariel.Ketika ditanya apakan mereka optimis menghadapi perbicaraan tersebut, dia enggan mengulas."Optimis atau tidak itu adalah rahsia kami dan tidak boleh diberitahu di luar mahkamah. Masalah Ariel ingin mengaku atau tidak kesalahannya itu terpulang kepada dia," jawabnya.Setelah kes ditetapkan di bawah fasal 2 minggu lalu, Ariel telah dipindahkan ke pusat tahanan Rutan Kebon Waru, Bandung.