Sarah bersama album sulungnya, Sarah Aqilah yang dilancarkan di Red Box Ria, Sogo, Selasa. - Foto oleh NORAFIFI EHSANKUALA LUMPUR: Berkat keyakinan yang diberikan oleh arwah adiknya, Shaffadina, penyanyi baru Singapura, Sarah Aqilah, 26, akhirnya berjaya menghasilkan album sulung.Disebabkan Shaffadina tidak sempat berkongsi kegembiraan itu bersama, Sarah atau nama sebenarnya Nursarah Aqilah Jamil mendedikasikan lagu pertama berjudul ‘Biar Hati Mencintai’ khas buat arwah adiknya yang tersayang. Saat mendendangkan lagu tersebut semasa majlis pelancaran albumnya di Red Box Ria, Sogo, di sini, Selasa, banyak mata yang menyaksikan tangisan sebak juara Anugerah 2009 itu.Katanya, pengorbanan adik ketiganya itu cukup banyak termasuk membantu promosi supaya jiran-jiran mengundi Sarah ketika dia memasuki pertandingan Anugerah 2009, program realiti di Singapura itu.“Adik saya meninggal dunia pada tahun lalu setelah doktor akibat jangkitan bakteria dalam badan.“Dia amat menyukai lagu ‘Biar Hati Mencintai’ dan sempat mendengar sedikit sahaja rakaman lagu itu,” katanya semasa sidang media pelancaran albumnya itu.Selepas memenangi pertandingan Anugerah 2009 pada bulan Ogos tahun yang sama, Sarah dilamar sebagai artis rakaman Suria Records (SRC) dan seterusnya merakamkan album.Setelah album tersebut siap dihasilkan pada April lalu, ia dilancarkan di Singapura dan kini sedang memasuki pasaran Malaysia.Jika tiada aral, album ini akan dilancarkan di Brunei pada tahun hadapan. Album berjudul Sarah Aqilah itu memuatkan lima buah lagu berjudul Bukan Persinggahan, Ku Ingin Kamu, Biar Hati Mencintai, Jatuh Cinta dan Seikhlas Hatiku serta bonus minus one.Album tersebut mempertaruhkan komposer tersohor tempatan iaitu Sharon Paul, Aiman, Pam Yuen, Mohariz Yaakup dan komposer Singapura, Nizamulmuluk.“Sebuah lagu saya berjudul Ku Ingin Kamu telah dijadikan runut bunyi filem Buih-Buih Cinta yang telah ditayangkan di Malaysia.“Jadi, saya bersedia untuk menerima rintangan dan kritikan pendengar selepas mendengar lagu saya selepas ini,” ujarnya yang akui albumnya begitu mendapat sambutan di Singapura.Malah, menurut pengurusnya, Alex dari MediaCorp, Sarah banyak menerima undangan persembahan di negara itu. Setakat ini, dia sudah berjaya mengumpul 25,000 peminat di laman Facebook yang menggunakan nama Sarah Aqilah. Peminat juga boleh menghubunginya di [email protected].Bercerita tentang pasangan duet pilihan, pastinya penyanyi tersohor Anuar Zain yang menjadi idamannya.“Saya sangat meminati Anuar Zain dan Ziana Zain sejak kecil. Jadi, jika berpeluang berduet dalam satu album dengan Anuar Zain, pasti saya tidak akan menolaknya,” beritahu gadis berasal dari Toa Payoh, Singapura ini.Selain menyanyi, Sarah turut bergelar pelakon di Singapura dan telah membintangi beberapa drama termasuk Cinta Izora.Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, dia pernah berkhidmat sebagai tentera di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama tiga setengah tahun dan setiausaha di syarikat hartanah.