suria

Bront Palarae Mahu Bimbing Bakat Baru

Bront Palarae bersama trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenanginya menerusi filem Belukar di FFM23, Ahad lalu.
Bront Palarae bersama trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenanginya menerusi filem Belukar di FFM23, Ahad lalu.
Bront Palarae bersama trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenanginya menerusi filem Belukar di FFM23, Ahad lalu.

PETALING JAYA: Aktor Bront Palarae, 32, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, yang dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Ahad lalu, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai medium terbaik untuk dia memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Menurut Bront, penghargaan yang diberikan itu sekalipun tidak diduga adalah satu penghormatan buat anak seni sepertinya.

Ekoran itu, pelakon filem Belukar ini merancang untuk menyumbangkan kebolehan, bakat dan pengalaman yang ada dalam membentuk anak-anak muda yang berminat terhadap bidang lakonan.

"Pengiktirafan ini adalah satu peluang terbaik untuk saya memberikan sumbangan semula kepada masyarakat. Saya ingin mencari ruang dan masa yang sesuai untuk membantu mengembangkan dunia lakonan tanah air.

"Selepas ini, saya merancang untuk membimbing dan berkongsi pengalaman yang ada dengan anak muda yang benar-benar berminat dengan dunia lakonan. Mungkin menerusi bengkel atau kelas lakonan.

"Harapan saya agar industri filem tanah air terus subur dan berkembang dengan kemunculan lebih ramai generasi pelapis. Itu yang saya ingin lakukan kepada masyarakat," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Bront kini sedang terlibat dengan penggambaran filem terbarunya iaitu Bunga Lalang arahan Din Said.

Filem yang turut menampilkan Zahiril Adzim dan Faizal Hussein ini dijangka menemui penonton pada tahun depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain