PENYANYI Agnes Monica, 24, berpesan kepada anak-anak muda memikirkan impian besar sepertinya.Ini kerana, dia akan merealisasikan impiannya untuk pergi ke peringkat antarabangsa dengan menjadi hos majlis Anugerah Muzik Amerika pada akhir November ini. "Tiada masalah untuk kita mempunyai impian yang besar dan sekarang kita boleh membuatkan ia terjadi," kata Agnes, menurut detikhot, Jumaat.Agnes menambah, tidak semestinya bekerja di Amerika sahaja bermaksud sudah melangkah ke peringkat antarabangsa sebaliknya jika bekerja di China atau Taiwan juga sudah boleh dianggap seperti itu.Penyanyi lagu Karena Ku Sanggup itu juga menganjurkan anak-anak muda agar mengubah cara pemikiran mereka."Kita jangan hanya fokuskan yang kita sudah merdeka dari penjajah, sedangkan kita belum merdeka dari segi mental. Fikirkan cita-cita setinggi langit. Kita perlu percaya yang kita mampu melakukannya," ujarnya.Juri Indonesian Idol 2010 itu bukan sahaja akan menjadi hos untuk acara red carpet, malah dia khabarnya akan menyanyi secara duet dengan seorang pengacara di majlis tersebut.Bagaimanapun dia belum dapat mengesahkan tentang nyanyian itu kerana masih di tahap perbincangan dengan pihak pengurusan masing-masing.