Diana (kanan) di samping Ana Dahlia di majlis Festival Filem Malaysia ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 24 Oktober lalu. - Foto oleh AZMAN GHANIPETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Impian 2, Diana Amir, 24, tidak kisah hilang keayuan setelah memotong rambut pendek.Menurut pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, dia terpaksa memotong rambut pendek demi menjayakan watak Sam, seorang tomboi untuk filem 321 Cinta. Ekoran memotong rambut pendek, ramai peminat yang mengkritik penampilan terbaru pelakon yang baru meningkat naik dan menempa populariti dalam industri seni ini.“Saya tak kisah kerana memang hilang ayu pun. Apabila memotong rambut pendek, penampilan saya terus berubah.“Memang itu yang saya dan Abang Azhari Zain, pengarah filem 321 Cinta mahukan untuk watak saya dalam filem itu. Pengarah nak tengok bagaimana saya yang feminin sebelum ini berubah menjadi tomboi.“Rambut boleh panjang lagi, yang penting hati kena baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online.Filem romantik komedi ini mengisahkan Sam yang membesar dengan keluarga tiri setelah kehilangan ibu dan bapa tersayang.Disebabkan faktor itu, Sam menjadi seorang tomboi, garang, kaki pukul dan banyak kali dibuang kolej pengajiannya.Namun akhirnya dia dimasukkan ke sebuah kolej yang turut menempatkan rakan baiknya sebelum ini iaitu Fariz (Pierre Andre).“Ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama. Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Aku Masih Dara yang akan ditayangkan pada 16 Disember ini serta filem Keramat dan Senario Ops Pocot yang turut akan ditayangkan tidak lama lagi,” ujarnya.Setelah selesai menjalani penggambaran filem 321 Cinta pada Khamis lalu, Diana sedang menunggu tawaran berlakon sebuah drama. Tetapi setakat ini, perkara itu masih dalam perbincangan.