suria

Jennifer Aniston Tidak Mahu Komitmen

PERJALANAN cinta Jennifer Aniston sering kali tidak kesampaian. Cintanya dengan pelakon-pelakon ternama Hollywood selalu terkandas di tengah jalan.

Khabarnya, bekas isteri Brad Pitt itu mempunyai rahsia sendiri. Sejak bercerai pada 2005, dia lebih tertarik dengan jejaka yang bersikap keanak-anakan dan fobia dengan sebuah hubungan seperti yang pernah dilaluinya.

Dia dikatakan tidak mahu sebarang komitmen atau ingin menjalinkan hubungan serius dengan seseorang jejaka.

Terbaru, Jennifer dikatakan kecewa kerana cintanya ditolak oleh bintang drama The Cougar Town, Josh Hopkins.

"Jennifer ingin mempunyai hubungan dengan Josh tetapi ditolak mentah-mentah," ujar sumber tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain