suria

Tom Cruise & Katie Holmes Terkejut Anak Tidak Mahu Adik

PASANGAN selebriti, Tom Cruise dan Katie Holmes terkejut apabila anak tunggalnya yang baru berusia empat tahun menyatakan hasrat tidak mahu mempunyai adik.

Dia yang tidak mahu berkongsi kasih menyatakan hasrat untuk tidak mahu mempunyai saudara kandung lelaki mahupun perempuan.

Sedangkan pasangan tersebut kini sibuk memeperkatakan tentang rancangan untuk menambah cahaya mata mereka.

"Mereka kini sedang bingung dengan kemahuan Suri yang tidak mahu mempunyai adik beradik," ujar seorang sumber terdekat pasangan itu seperti dipetik Showbizspy, Isnin.

Menurut sumber lagi, Suri seorang kanak-kanak yang suka terhadap perhatian, malah dia kini bahagia menjadi anak tunggal pasangan popular itu.

"Suri sangat suka menjadi perhatian terutamanya daripada ibu bapanya. Dia tidak dapat membayangkan seandainya kebahagian itu dikongsi dengan saudara kandung yang lain," ujar sumber lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain