SELEPAS beberapa selebriti ternama dunia melancarkan jenama minyak wangi sendiri, kali ini giliran Justin Bieber pula akan keluar dengan wangian jenamanya.Dia yang merasakan dirinya kini berada di kemuncak populariti, tidak mahu kalah dengan selebriti lain yang sudah melancarkan wangian terlabih dahulu. Penyanyi remaja yang menjadi kegilaan ini tahu bagaimana cara untuk meluluhkan hati wanita.Kebiasaannya, selebriti lelaki mengeluarkan wangian untuk para lelaki, namun bagi Bieber dia tahu wangian yang sesuai untuk wanita.“Wangian ini adalah untuk peminat-peminat wanita yang setia pada saya. Saya mahu ia akan sentiasa mengingatkan mereka kepada saya dan semakin tergila-gilakan saya,” ujarnya pada People Magazine.Menurutnya, idea ini lain daripada yang lain. Bieber juga kelihatan bersemangat dan yakin dengan rancagannya itu.Dalam pada itu, Bieber juga memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk menjadi dewasa keran ingin cepat berkahwin. Dia juga berhasrat menjadi bapa pada usia yang muda.