JIKA selebriti remaja Hollywood nekad berhenti sekolah demi mencapai cita-cita menjadi seorang pelakon mahupun penyanyi popular, bintang siri filem Harry Porter, Emma Watson lebih selesa kekal belajar di kampus.Bagi Emma yang melanjutkan pelajarannya di Brown University, Amerika Syarikat, dia begitu mementingkan akademik dan menganggap pelajaran mampu memberikannya berfikiran tajam. "Selain itu saya rasa lebih tenang dan lebih menyeronokkan, saya rasa seperti remaja lain kerana dapat berkawan dan belajar bersama kawan rapat anda."Malah keadaan di kampus jauh berbeza dengan lokasi penggambaran. Saya rasa lebih bebas di sini," katanya kepada MaleFirst.Bagaimanapun, demi pelajarannya, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan demi memberi fokus yang lebih terhadap akademiknya."Inilah masaya untuk kita melalui zaman kolej. Kalau nak fikirkan tentang lakonan, saya boleh melakukannya selepas pelajaran saya tamat," ujar gadis berusia 20 tahun itu.