KUMPULAN muzik Indonesia, Ungu merancang menganjurkan sebuah konsert amal bertujuan mengumpul dana bagi menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi baru-baru ini.“Rancangan itu ada, kami sedang dalam proses membuat sebuah konsert dengan kerjasama beberapa kumpulan lain dan hasil kutipan akan diserahkan kepada mangsa,” ujar vokali kumpulan Ungu, Pasha. Namun begitu, Pasha enggan mengulas lanjut tentang dana yang akan dikumpul. Katanya apa yang lebih penting ialah memikirkan bagaimana untuk meringankan beban mangsa.“Mungkin bentuk bantuan yang akan disalurkan itu tidak perlu dihebohkan tetapi apa yang penting bagaimana cara untuk meringankan beban saat ini" katanya.