Krisdayanti.SETELAH mendapatkan banyak didikan daripada bapanya, Anang Hermansyah, Aurelle bersedia untuk menyanyi di hadapan orang ramai.Aurelle juga ingin ibunya, penyanyi Krisdayanti (KD) melihatnya menyanyi. Meskipun sudah mulai menerima tawaran membuat persembahan, Anang masih terus memantau Aurelle kerana menurut Anang, puteri sulungnya itu masih perlu banyak belajar.Sebelum ini KD mengaku tidak setuju melihat Aurelle terjun ke dunia seni suara. Namun keinginan Aurelle begitu besar untuk menjadi seorang penyanyi profesional seperti ibunya.