suria

‘Pada Zaman Dahulu’ Angkat Cerita Penglipurlara

Burhanuddin Md Radzi ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Burhanuddin Md Radzi ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Burhanuddin Md Radzi ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Berniat tidak mahu cerita penglipurlara pupus begitu sahaja, Les’ Copaque Production (LCP) mengambil inisiatif menghasilkan kartun animasi Pada Zaman Dahulu untuk siaran TV Al-Hijrah.

Pada Zaman Dahulu merupakan animasi kedua selepas Upin & Ipin yang dipopularkan oleh LCP.

Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, Pada Zaman Dahulu berlainan sama sekali berbanding Upin & Ipin. Jadi, pastinya tidak adil untuk membanding-bandingkan antara dua animasi tersebut.

Pada Zaman Dahulu menceritakan tentang seorang datuk menceritakan tentang cerita penglipurlara kepada dua orang cucunya yang tinggal di bandar.

“Saya dapati ramai anak-anak sekarang tidak suka membaca cerita penglipurlara, jadi sebab itu saya menghasilkan Pada Zaman Dahulu. Misalnya, kita selitkan cerita kancil dan buaya.

“Selain itu, terdapat 10 orang pekerja animasi 2D tidak mempunyai projek sejak enam bulan lalu. Dengan terhasilnya animasi terbaru ini, pastinya memberikan kerja kepada mereka,” katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Bagaimanapun, dia tidak menjangkakan animasi terbaru ini akan menjadi sebesar Upin & Ipin.

Namun begitu, dia juga berharap animasi keluaran LCP boleh kekal lama memandangkan Doraemon telah berjaya mendominasi animasi dunia selama 40 tahun.

Setelah Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan India, LCP sedang mengatur langkah untuk ke Korea atau Jepun pula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain