Along dan isterinya ZilaPETALING JAYA: Hari Raya Aidiladha yang disambut meriah oleh seluruh umat Islam pada tahun ini turut dirasai oleh rakan artis tempatan.Namun, di sebalik kemeriahan itu, ada juga beberapa rakan artis yang tidak bernasib baik kerana terpaksa bekerja pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 November tahun ini. Inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan yang harus ditempuhi oleh mereka.Bagi pasangan suami isteri, Zila dan Along, mereka menyambut perayaan tersebut di lokasi penggambaran filem Hello.“Pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, saya terpaksa menemani Along berlakon filem Hello arahan A.R Badul. Jadi kami tidak dapat menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga.“Sepatutnya kami akan ke kampung Along di Kedah tetapi niat tersebut terpaksa dibatalkan,” kata Zila yang turut berasa gembira kerana perayaan tersebut bersamaan dengan tarikh Hari Lahirnya.Sementara aktres Ayu Raudhah yang sedang menanti masa diijabkabulkan dengan pemain bola sepak Zaquan Adha turut mengalami nasib yang sama dengan pasangan tersebut.Dia ke Singapura pada Hari Raya Aidiladha itu untuk menjalani penggambaran filem Empayar yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD.“Ini merupakan pertama kali saya menyambut Hari Raya Aidiladha tidak semeriah seperti sebelum ini. Saya rasa perayaan Aidiladha sangat penting dan tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama keluarga.“Walaupun Raya Haji, tetapi saya biasanya beria-ia menyambutnya dan lebih seronok apabila dengan keluarga,” katanya yang akan pergi ke Singapura selama tiga hari.