suria

William beri cincin milik Puteri Diana kepada Kate

AKHIRNYA, pasangan Putera William dan Kate Willington telahpun melangsungkan pertunangan mereka di Istana St. James, England pada 16 November, Selasa.

Menurut William, dia telah melamar Kate ketika mereka sedang bercuti di Kenya Oktober lalu dan kedua-dua mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan dan ingin mendapatkan anak secepat yang mungkin.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke fasa baru dan selepas berkahwin sudah pasti kami inginkan penambahan keluarga dan saya percaya kami lebih bahagia dengan kehadiran seorang anak," katanya kepada majalah Us Magazine.

William telah melamar Kate dengan memberikan sebentuk cincin platinum dengan batu sapphire 18 karat berwarna biru dan bertaburan berlian milik ibunya, Puteri Diana.

"Cincin itu begitu bermakna buat saya. Ini adalah cara saya untuk menunjukkan kepada mendiang ibu saya tentang kebahagiaan kami yang bakal menjas\di suami isteri tidak lama lagi.

Sebelum ini, cincin yang bernilai RM195,000 (USD65,000) itu diberikan oleh Putera Charles ketika melamar Diana pada Februari 1981.

Sementara itu, beritahu Kate pula, dia agak gementar sementara menantikan hari bahagia mereka.

"Saya harap, segala yang dirancang berjalan dengan sempurna," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain