KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)akan mengadakan satu program 'Music Aid 2010: Dari Pemuzik untuk Pemuzik' pada Ahad ini di Dewan Sivik Petaling Jaya.Presidennya Datuk Freddie Fernandez berkata program berkonsepkan berhibur sambil menderma, yang bakal dimeriahkan oleh lebih 100 penghibur tanahair, akan berlangsung selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam, dengan tiket berharga minimum RM30. "Pelbagai masalah dan musibah menimpa para pemuzik tempatan sejak kebelakangan ini. Nama-nama besar seperti Yazid Search, Booty Boy, Zainal Rampa dan ramai lagi kini terlantar sakit mahupun dilanda kesulitan."Jadi, kita mahu mengutip derma bagi membantu artis-artis kurang bernasib baik ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.Fernandez berkata program bertujuan mengumpul dana Tabung Kebajikan dan Kecemasan Pemuzik akan dikendalikan oleh Biro Pemuzik Profesional Karyawan yang diketuai oleh Aznan Alias.Persembahan itu akan menampilkan pelbagai genre muzik termasuk muzik lama dan baru, kata Presiden Karyawan itu.Antara barisan artis tanah air yang akan terlibat termasuk M.Nasir, Ramli Sarip, Spider, Faizal Tahir, Ana Raffali dan Marhaen, Suhu, Satira, Fieldplayer, Maharajah, Naizel, Transformasi DS, Loudspeaker, Sharinband, Dezmelon, Genskii, Mercyside, Roundrobin, Sonic Velocity, PAVA dan Jazzcom. - BERNAMA